Kupu-Kupu
Seorang jejaka terjumpa satu kepompong kupu-kupu dan terdapat satu pembukaan kecil diatasnya. Lantas, dia duduk untuk memerhatikan keadaan kupu-kupu yang cuba dengan gigihnya untuk keluar dari kepompong tersebut selama beberapa jam.Tiba-tiba ia berhenti mencuba dan kelihatan seperti kupu-kupu tersebut tidak dapat keluar tanpa bantuan.
Jejaka tersebut pun membuat keputusan untuk membantu. Lalu dia mengambil sebilah gunting dan menggunting sisa kepompong tersebut. Kupu-kupu tersebut pun terus dapat keluar dengan mudah, tetapi dengan badannya yang kecil dan bengkak serta dengan sayapnya yang masih kecut.
Jejaka tersebut terus memerhatikan keadaan dengan tanggapan bahawa badannya yang bengkak itu akan mengecut pada bila-bila masa dan sayapnya akan berkembang serta mampu menyokong badan kupu-kupu tersebut.
Kedua-dua keadaan tidak berlaku! Malahan, kupu-kupu tersebut menghabiskan hidupnya merangkak dengan badannya yang bengkak dan sayapnya kecut. Tanpa mengenal erti hidup beterbangan.
Walaupun niatnya luhur, apa yang tidak difahami oleh jejaka tersebut ialah kepompong yang sempit dan keadaan sukar untuk keluar dari pembukaan kecil kepompong itu dicipta oleh Tuhan supaya badan kupu-kupu tersebut secara semulajadi akan mengeluarkan sesuatu cecair yang akan mengalir ke dalam sayapnya. Ini membolehkan ia terbang setelah bebas dari kepompong tersebut.
Adakalah saat sukar adalah cara untuk membentuk kita dalam hidup. Jika Tuhan membenarkan kita hidup tanpa sebarang cabaran, ia mungkin akan memberi kecacatan kepada kita.
Mungkin juga kita tidak dapat melihat kekuatan diri kita sebenarnya dan
mencapai potensi kita sepenuhnya.
November 14th, 2006 at 12:08 am
yer betul…
setiap dugaan tue ada hikmahnyer…