Adakah aku diterima di dunia?

May 13th, 2008 by nellyesya

Tiba hari ibu yang lalu aku teringatkan cerita ni…kisah perbualan baby yang dalam kandungan dengan maha pencipta…..cerita nyer begini……

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia…

Dia bertanya kepada Tuhan : ‘

Para

malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?’

Dan Tuhan menjawab: ‘Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .’

Bayi bertanya lagi: ‘Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.’

‘Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan
menjadi lebih berbahagia’

‘Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa
mereka ?’

‘Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh
kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.’

‘Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?’

‘Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa’

‘Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

‘Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya’

‘Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi’

‘Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali
kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu’

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehinga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya
perlahan

‘Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?’

‘Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ‘IBU ‘

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa…..
Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat….

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang
membesar…sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu…

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.’

‘Kalau tak suka pulangkan balik!’

May 10th, 2008 by nellyesya

 

Kereta
dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka.
Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. ‘Horey! Papa balik!’ Kelihatan
anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

‘Tepi! Bahaya tau tak?’ Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

‘Aimin bawa adik ke belakang.’ Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam
bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

‘Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum
papa mesti nak main bola dengan kita,’ pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar
hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

‘Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip
tu! Buka shower!’ Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
‘Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan
tidur aje ke duduk rumah?’ sambungnya kembali bila isterinya terpacul di
belakang pintu.

‘Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.
Mama dah siapkan kat taman.’ Balas isterinya lembut.

‘Fail saya kat depan tu mana?’

‘Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.’

‘Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya
saya bawa meeting tengahari tadi.’ Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui
kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat.
Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah
isterinya.

‘Laila’ Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
‘Saya nak ke out station minggu depan.’
‘Lama?’ Soal Laila.
‘Dalam seminggu.’
‘Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?’
‘Budak-budak? ‘
‘Ikut jugalah.’
‘Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa
kat Legacy dulu tu’
‘Masa tu Amirul kecik lagi.’ Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha
memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang
dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu
berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah
harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ‘Bolehlah
Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.’ ‘Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar
awak balik kampung,’ Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan
isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu
isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di
pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas
semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

‘Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah
ambik bagi kamu!’

‘Manalah saya ada masa..’ ‘Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!’
Dia tersentak dari khayalannya. ‘Kalau tak suka pulangkan balik!’ Kata-kata itu
bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang
melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang
sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
‘Mizi, makan!’ Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
‘Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.’ ‘Papa! Makan!’ Jerit Aiman ,anak
keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. ‘Tak boleh panggil papa
elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?’

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja
marah. Dia berpatah semula ke dapur.

‘Awak masak apa?’

‘Mama masak sup tulang dengan sambal udang!’ jawab Amirul memotong sebelum
sempat mamanya membuka mulut.

‘Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!’
‘Papa nak ke mana?’ Soal isterinya perlahan.
‘Keluar!’
‘Mama dah masak Pa!’
‘Awak saja makan!’
‘Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!’

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil
hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya
keluar dari ruang makan. ‘Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?’ Soal
Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. ‘Papa banyak kerja
agaknya. Dah! Makan.’ ‘Abang tak suka tengok papa marah-marah. .’ ‘Adik pun
sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?’

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling.
Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi
pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
‘Laila..’ serunya
‘Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti.’ Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
‘Sunyi pulak rumah ni mak,’
‘Lama-lama kau biasalah.’
Airmatanya menitis laju. ‘Kalau tak suka pulangkan!’ Dia rasa terhukum. Hampir
segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan
yang amat sangat.

‘Papa beli apa untuk Aiman?’ Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
‘Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.’
‘Tak ada lah?’
‘Ingat papa ni cop duit?’

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah
kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi
mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada
sesuatu yang sukar ditafsirkannya. ‘Awak tak sihat ke?’
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
‘Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.’ Aimin mencelah di antara perbualan
kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi
yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

‘Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah
tak sah!’ Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya
dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja
akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi
dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul
menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

‘Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!’
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.
Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.

‘Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ‘
Ujar Laila perlahan

‘Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak
orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana,
kecah barang. Gila apa?’ Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak
pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang
kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan
malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

‘Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul
duduk dalam rumah ni.’ Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang
rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya
tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. ‘Celaka betul!’
Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. ‘Abang!’

‘Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai
satu-satu macam tak siuman!’ Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang
itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin
pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika.
Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga
tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit
pengajaran pada anak-anak.

‘Pak Ngah, Eddie nak balik!’ Shamizi terpana. Dia mengangguk. ‘Kak Long balik
dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.’ Alangkah mudahnya.
Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang
kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak
pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta
lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat
layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. ‘Laila’ ‘Papa nak ke mana
hensem-hensem gini?’ Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang
isterinya yang kian sarat. ‘Wangi-wangi lagi. Dating ye?’

‘Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.’
Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

‘Ikut boleh?’

‘Dia tak ajak family. Staff only!’ Terangnya sedangkan difikirannya terfikir
lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut
menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. ‘Dalam
setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.’

‘Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu
ini. ‘
‘Papa pesanlah..’
‘Nantilah besar sikit.’ Dalihnya.
‘Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut
pergi mana pun.’
‘Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,’
Laila terdiam. ‘Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.’
‘Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.’ ‘Mama tanya sikit boleh?’ Dia
mengangguk ‘Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?’

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga
mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya
anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk
anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

‘Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,’ ujar Mr.
Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi
amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama
mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang
lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai
anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia
lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya
seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk
memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

‘Kalau tak suka pulangkan!’ Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu
anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan
Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci
tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya
di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
‘Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ‘ Laila
merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya
seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin
untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat
airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan
untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang
menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak
diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. ‘Kalau tak suka pulangkan,’

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas
pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus
sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang
hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola
tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi
kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya
tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa
anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang
dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi
membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya.
Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah
kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan
kerana keengganannya Laila dipulangkan.

 

saje-sajer

November 1st, 2007 by nellyesya

Its been a while i didnt post anything here…bukan tak de benda nak tulis…a lot of story of my life since my last entry.  Banyak sangat benda yang berlaku sampai aku tak de masa nk share the moment kat sini.  Now i wish i could continue doing so.  Really hope that i can spend sometime here. 

1 wonderful year

February 15th, 2007 by nellyesya

11 February 2006 @ 6.50, Nurin Aisyah Khairol Faris was born.  Lahir dengan berat 2.5kg, Esya grown up very fast.  Pejam celik jer is already one year???  Cepat nyer masa berlalu. I still remember her 1st smile..first time i’m holding her in my arm. I just cannot discribe the feeling when the 1st time i see her….ooohhh.. happy…and bersyukur sangat.  Now she already a big girl…trying her self to walk..Moga Esya menjadi anak yang solehah..Ummi & Abah love u so much…u are angel of our heart…..hug & kisses…..mmmmuuuuaaahhh………

Imgp0769-1.jpg

Dengue

February 8th, 2007 by nellyesya

22th Jan- Esya was in high fever this morning. Ummi perasan badan Esya panas sgt masa bangun solat subuh. Memang Ummi & Abah plan nk bawa Esya jumpa doktor pagi ni tp x sangka plak mmg Esya demam & have to see dr. Risau pulak tiba-tiba jer Esya demam ni…tanpa berlengah lagi…ummi & abah siap to catch early appointment. Kali ni ummi bawa Esya jumpa dr Nik Rose kat Az-zahrah. that morning ummi lupa plak nk ambik tempreture. While waiting kat klinik tu Esya mmg nmpk x ceria langsung…dia just nenen & tido jer…masa dh smpi masa jumpa dr tu..Esya still nenen..tak mo lepas…dr pn x suh ummi lepas kan Esya..dr buat check up while she still nenen…but masa dr nk check mulut Esya then terpaksa la ummi lepas kan nenen Esya…ooo no..Esya start sedar dr tido & mengamuk coz ganggu tido dia….terjaga tu pulak terus tgk muka dr…lagi la dia nangis…masa ni tempreture Esya at 37.9 if i’m not mistaken…treatment biasa jer…dr bagi ubat demam jer…then we all balik…ummi pn take EL nk jaga Esya kat umah….

Picture taken kat umah Tok Ngah Esya di Seremban..one day before Esya kena high fever..

Esya demam….tapi nk main jugak tu…

On 24/01/07 Esya dah menunjukkan tanda-tanda demamnya dh kebah…mm lega hati ummi…that da masa ummi ambik Esya dari umah mak tok esya happy jer…so mmg confirm la Esya dh baik…since she recovered ummi ajak abah bawak Esya jln kat pasar malam…that night Esya kembali ngan xtvt dia seperti biasa which is main smpi penat…mengesot dari dlm bilik smpi ke dapur..& tido pn lewat hampir kul 11 baru Esya tido.

But the story is not end yet…mas Esya bangun nenen dlm pukul 4am ummi rasa kepala Esya panas sgt…ummi kejut abah ambik tempreture..it show 36.6…but its not accurate coz masa letak thermometer kat armpid Esya…dia 2-3 kali tarik thermometer tu…but ummi mmg rasa badan Esya mula panas balik…so early morning tu abah ajak g klinik lg sekali…

kali ini dapat jumpa dr nazim…dr nazim tanya byk question….& he suspect Esya kena denggi…then start treatment dr nazim check lung & heart bid Esya….& he suggested to go for blood test…any how me & hubby agree jer la coz mmg worried sgt…masa dr ambik darah Esya tu alahai cian yer…menagis meraung la Esya….huk..huk. tgk Eysa nangis ummi pn nk nangis jugak…tp ku tahan air mata ini supaya tidak mengalir…alhamdulillah…selesai dr ambik darah Esya we wait about 5 minute for the result..berdebar…debar masa tu..& worried..coz kalu white blood cells Esya low..so kena la warded…then result sampai dr mmg buat muka suspend…white blood cells Esya cuma 3.0 jer….so dr mmg confirm kata denggi….but since platelet Esya at 106 so dr said no need for Esya to be warded..peh lega….but in condition ummi kena nenen kan Esya sebanyak mungkin…Esya need to drink a lot of water..

Picture Esya ngan handyplas kat tanya lps ambik darah

To be confirm kan betul tau tidak Esya kena denggi dr nazim mintak we bring Esya again next morning for another blood test…alhamdulillah 2nd blood test, white blood cells Esya increased to 4.8..lepas dari paras bahaya…….& dr said once it increased t will be fine..fuuhhh lega sgt….ooo itu baru blood test…& lps tu dr proceed for denggi test plak….after 20 minute waiting…mmg sah & sahih test menunjukkan dengue fever antibodies detected….sedih jugak…tp dr ckp x yah risau..then ummi pn lega la…..itu pn ummi berusaha minum 100+ & air kelapa..dgn harapan Esya cepat baik….lps dari itu Esya semakin sembuh….sihat dan makin active….sesungguh nyer lps baik ni Esya dh boleh berdiri & bertatih…this story nnt ummi sambung dlm next entry…………so tunggguuuuuuuuu!!!!

Picture on d way for 2nd blood test…

Yeahh….dah sihat…….

10 Ways to Boost your Baby’s Brain Power

February 7th, 2007 by nellyesya

Baby Brain Work Outs

Just like how your muscles will not develop if you do not exercise, your baby’s brain will not develop to its fullest if you don’t help her ‘exercise her mind?

Stimulus for your baby can be positive or negative. Positive stimuli build the brain and enhance learning whereas negative stimuli could be damaging. Negative stimulus can mean exposure to violence, stressful events and neglect. So start by providing a warm and loving environment for your baby.

Learn 10 Ways to Bolster Your Baby’s Brain Power:

1) Love

Love and affection are very real needs to your baby especially in the early weeks and months. Your baby is not trying to manipulate or control you; she simply has a biological need for your love. You cannot ‘spoil?a baby by responding to her cries.

Consistent response to her cries will build trust and create a strong self-esteem. She will be assured that her needs are met and not get stressed, while learning about love and forming human relationships. If a baby is denied attention in the early weeks and months, she may grow up introverted and withdrawn.

Things to Do: Always respond to your baby’s cries by soothing her with your touch and your voice instead of leaving her to cry on her own.

2) Chat

Talk to your baby, not with senseless gibberish but speak properly in a kind and gentle voice. Mum’s voice is her favourite sound?she’s been hearing it since she was a 5-month old foetus.

Things to Do: Use the language you are most proficient in and use a wide range of vocabulary. Never underestimate the learning abilities of a young baby. Your baby will also enjoy communicating with you when you exaggerate your expressions.

3) Touch

Touch is a powerful stimulant and learning tool. It also has a remarkable calming effect on babies. It was reported that premature babies who were massaged grew faster, were less fretful and were discharged from hospital much faster than those who were not.

Things to Do: Hold her close during feeding and cuddle her often. After your baby’s bath, give her a gentle massage all over her body, singing and talking to her while you are at it. You will enjoy this special moment with her.

4) Mimic

Your baby is interested in looking at your face. Even as a newborn, she is constantly analysing your face. She may imitate facial expressions such as smiles and frowns.

Things to Do: Encourage your baby to imitate you. Hold your face about 8 inches away and make faces such as sticking out your tongue. Before you know it, your new born will stick out her tongue at you too!

5) Experience

The more diverse the experience you offer your baby, the more stimulated mentally she will be. Let your baby experience lots of different surroundings.

Things to do: Go out for walks and take her to different places like the supermarket, playgrounds and malls. Expose her to different sights and sounds.

Things to avoid:Put your baby in front of the television hours on end; this does not stimulate her. She needs real experiences and not virtual ones!

6) Explore

Provide a safe environment for your baby to explore, such as the living room floor. She will need lots of space to discover things on her own.

Things to Do: Place dangerous objects out of reach, cap all electrical outlets and pad sharp corners on furniture. Provide lots of safe and appropriate toys.

7) Read

Start reading to your baby right from young. She may not be able to follow the story but she will enjoy listening to your voice and looking at pictures.

Things to do: Use interactive books with pop-up pictures or those that allows tactile stimulation, example different textures within books for your baby to touch.

8) Music

Singing and playing music to your baby even before birth has shown to be beneficial to a baby’s brain development. Generally, music that has a constant rhythm is best. Mozart’s music has been found to stimulate the same neurons that are later used for mathematics.

Things to do: Make up tunes and silly or funny songs as a great way of having fun with your baby. Use a musical box or recorded music to create a quiet mood for feedings, and an upbeat one for playtime.

9) Play

Play is fun; play is work ?that’s how your baby can learn while enjoying herself! When you play with your baby, you are helping her develop more than you realise.

Things to do: Use high contrast graphics (e.g. flashcards) that help to increase your baby’s concentration skills and attention span. Explain the colours or pictures to her as she studies them.

Finger play with your baby right from the start to help her develop the ability to ‘ignore?her reflexive ‘palmar grasp?(the ability to fold fingers over palm of hand to hold objects well with hand). Your baby can only learn how to use her hands and fingers if she learns to ‘let go? By playing finger games, she is learning language and fine motor skills.

Gently guide your baby’s arm to ‘bat-a-mobile? Alternate the use of each arm. Smile and describe to your baby how the mobile is moving. Praise her for making the mobile move. This game teaches her about ‘cause and effect?as well as trains her visual tracking skills.

10) Praise

Shower your baby with positive encouragement for every correct response she gives. Build her self-esteem by allowing her to explore and learn.

Things to do: Encourage her to overcome new challenges by constantly telling her that she can do it. Pay attention to her efforts and give her credit for her achievements.

Aunty oh Aunty…

January 9th, 2007 by nellyesya

Last night, i follow my hubby to pump petrol….so on the way..we chit chat…talking what happend the whole day..sharing story la ni…then reached at petrol station….while my hubby pumping the petrol…suddenly one funny story pop up on my mind…my friend told me this story…my freind ni pegi pump petrol…while waiting…there is one car…drove by one old lady….that aunty pun nak isi minyak jugak….then came the pump attendance(PA)….

PA:  Aunty mau isi minyak….? Berapa?

Aunty:  Ya..ya isi minyak…50 ringgit

So that PA pn help that old lady pump minyak..

Then…

PA: Aunty…tayar tidak ada angin la…mau isi angin?

Aunty:  Ya..ya…isi angin…brp sen????

PA: ??????

KOIBITO YO (OH LOVER)

January 5th, 2007 by nellyesya

I’ve been knowing this song since i’m lil girl…as i can remember i was 12 yrs old that time???…i guess so..Koibito Yo by Mitsumi Itsuwa in 1980. Mayumi Itsuwa is very famous in Japan, and like many others, should be known more world wide.  This song is about tragic love song, beautifully written, the story of a break-up where the woman is freezing on a park bench broken by rain, waiting for her lover to come back and laugh, that the talk of leaving was just a joke….i still seaeching for english translation…sad..until now still not manage to get one…its ok i got japanese lyric already…still i can sing along while listening to this song…i let my husband to listen to this song..and he like it also…n now he sing this song like been  knowing it ages..hahah…funny..i tot me the one yang akan gila bayang with this song….tp hubby yg lebih²…but never mind…we enjoy this song together…the melody…aaarrggghhh ..so touching….

KOIBITO YO (OH LOVER)

KAREHA CHIRU YUU’NGURE WA
KURUHI NO SAMUSA O MONO’NGATARI
AME NI KOWARETA BENCHI NI WA
AI O SASAYAKU UTA MO NAI

*KOIBITO YO SABANI ITE
KO’NGOERU WATASHI NO SOBA NI ITE YO
SOSHITE HITOKOTO
KONO WAKARE BANASHI WA
JOODAN DAYO TO
WARATTE HOHII

JARIMICHI O KAKEASHI DE
MARASON BITO NGA YUKISU’NGIRU
MARUDE BOOKYAKU NOZOMUYOO NI
TOMARU WATASHI O SASOTTE IRU

KOIBITO YO SAYOONARA
KISETSU WA ME’NGUTTE KURU KEDO
ANO HI NO HUTARI YOI NO NA’NGAREBOSHI
HIKATTE WA KIERU MUJOO NO YUME YO

KOIBITO YO SOBANI ITE
KO’NGOERU WATASHI NO SOBA NI ITE YO
SOSHITE HITOKOTO
KONO WAKARE BANASHI NGA
JOODAN DAYO TO
WARATTE HOSHII

*Repeat

Happy New Year!!

January 2nd, 2007 by nellyesya

Rasanyer cepat betul 2006 berlalu.  As of today its already 2nd January 2007….pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru rupanyer.  Memang tak sedar langsung.  The day b4 dah buzy dengan raya korban.  Letih masak & melayan org dtg visit.  Well tahun baru always come with azam baru…mmm as for me tak sempat lagi to think azam for this year. But one thing i wanna do this year is to stabilized my family.  Thinking of my lil doter needs…mmm she will be one year this coming 11th February. And i still thinking to futher my study.  Really wish to do MBA but still a lot of thing to consider. Kalu nk list kan azam ni mmg every year pn ada azam.  I hope that this 2007 year akan dimurahkan rezeki kami sekeluarga. -AMIN-

Breast Milk Ensures Children’s Survival-Part II

December 11th, 2006 by nellyesya

Not Just Nutrition

Breast milk is often reputed for its nutritional benefits for children, but Hopkinson says human milk confers more than just sustenance.

"These kids weren’t getting, I’m sure, all the calories they needed," she says. "So the breast milk was also giving them protection against serious illness, in addition to nutrition."

The idea that babies get an immune boost from breast milk is not a new one.

According to the American Academy of Pediatrics, breast-fed babies suffer fewer illnesses such as diarrhea, earache and respiratory infections.

"Breast milk is really primarily an immune booster," Hopkinson says. "We think of it as nutrition, but it is really integral to the immune system."

Breast-feeding, in this case, may have also given Kim and her children another way to survive in the harsh conditions — body heat.

"Breast-feeding her 7-month-old and 4-year-old child was undoubtedly what kept Kati Kim’s children alive during their horrific snowbound ordeal," says Michelle Collins at the Vanderbilt University School of Nursing.

"The very act of holding her children against her body to nurse them would have preserved their body heat, allowing them to maintain their core body temperatures despite the freezing temperatures outside their vehicle."

Breast-Feeding Amid Stress

The Kims’ situation was nothing if not traumatic.

After the car ran out of fuel, and Kim and her husband, James, burned tires for warmth, James left her and their two young children and set off into the wilderness to seek help.

He still has not been found.

That Kim was able to continue to breast-feed her children while fearing for the survival of her family is a notable feat, Hopkinson says.

"People always talk about how stress can undermine breast-milk production. In this situation, it’s very important to see that it’s not about external stress, but it’s about internal management of stress."

"You hear stories of mothers breast-feeding during disastrous situations, such as in the blitz on London in World War II. This was obviously a very stressful situation, but she wasn’t internalizing it to the point that she could not do anything."

"A huge advantage to breast-feeding is that it is available in any emergency situation," says one expert from the Breastfeeding Center of Boston Medical Center in Boston. "In the Superdome in New Orleans, there was no formula, and women who were not breast-feeding had nothing to feed their infants."

"In times of natural disasters, when water and food sources become contaminated or scarce, breast-feeding is a lifesaving measure for our smallest survivors," says Ann Peery, a registered nurse and lactation consultant at the Women’s Center at the University of Virginia Health System in Charlottesville.

It is also possible that the very act of breast-feeding could have kept Kim’s fear — and that of her children — in check.

"Breast milk contains naturally occurring substances to calm the nursing child and help them to sleep, which would have been imperative to help keep, especially the older child, from panic," Collins says. "It would have benefited Mrs. Kim as well, because when a woman nurses, a hormone is released that we know as the ‘mothering hormone’ — prolactin — which would have helped Mrs. Kim stay calmer."

Experts say it is also remarkable that Kim was able to continue to breast-feed her children with little or no food for herself.

"Although the mother herself probably had a very limited food intake during this time, a lactating woman is able to produce an adequate milk supply based on the demand for the milk for a considerable amount of time even under the most extreme circumstances," Geraghty says.

"Think about running a marathon — it takes a lot out of you, but you can do it," Hopkinson says.

"Mothers can, and often do, operate of a calorie deficit. There is no evidence that a 24-hour fast reduces milk production."

Kim’s body was apparently also able to adjust to providing enough milk for both of her children to remain healthy.

"In the vast majority of cases, the baby determines how much milk it needs from the mother," Hopkinson says. "It’s really quite amazing how some mothers breast-feed triplets without any help."

"Who knows what the human body is capable of."